SENARAI PENUH PEMENANG GA BUDAKCOMOT
Rindu Classmate 3ARIF 2013
Pemenang Top Referral {GA BUDAKCOMOT}
SENARAI PESERTA #2 GIVEAWAY BY BUDAK COMOT
TAMAT !!!!#2 Giveaway by BudakComot
Alhamdulillah... PMR
Tutorial : Letak facebook, twitter, instagram di s...
AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA
KEPUTUSAN PMR KELUAR 19 DISEMBER 2013!!!!!
TOP REFERRAL *6/12-13/12*
|
FAKTA TENTANG MEMILIKI KUCING Saturday, December 28, 2013 | 0 comment(s)
Menurut daripada kajian sains membuktikan memiliki haiwan peliharaan terutamanya kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia. Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat. Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak. Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa. Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam. Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan. Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan. Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung. Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang. Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain. Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang. p/s: Sayangi dan belailah kucing anda.. ala tomey-tomey SUMBER DAN GAMBAR- DUNIA KUCING |