A N I S SYA Q I R A
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







Bersukan Cara Rasulullah SAW
Friday, June 20, 2014 | 1 comment(s)

Assalamualaikum.... Hari ini nak berbicara tentang bersukan mengikut cara Rasulullah SAW..

Islam amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan kerana keuatan tubuh badan dapat membantu seseorang untuk beribadat kepada Allah SWT dengan lebih baik. Jueteru, untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas. 

Rasulullah SAW bersabda : "Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah." (Riwayat Muslim)

Ada tiga jenis sukan yang diriwayatkan;-

1. MEMANAH


Rasulullah SAW bersabda : "Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah,ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah." (Riwayat Muslim)

KEBAIKAN MEMANAH
  • Melatih emosi dan fizikal untuk memberikan tumpuan pada sasaran
  • Menitikberatkan keseimbangan tubuh
  • Melatih manusia bertenang dan stabilkan emosi


2. BERKUDA

Rasulullah SAW bersabda: "Lemparkanlah (lepaskan anak panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)

KEBAIKAN BERKUDA
  • Dapat merawat segala masalah penyakit tulang belakang serta mencerahkan penglihatan
  • Anggota badan menjadi sihat akibat kesan dari lompatan kuda


3. BERENANG


Rasulullah SAW bersabda: "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEBAIKAN BERENANG
  • Semasa berenang, mental, fizikal, otot dan tulang rangka digerakkan membuat satu gerakkan antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina dan sistem kardiovaskular
  • Memberi peluang kepada manusia untuk menjadi berani

Ingatlah, bahawa ini membuktikan Islam mengharuskan bersukan. Aktiviti lain juga seperti berjoging, berbasikal, berlari dan sebagainya juga masih boleh dilakukan. Namun, dalam keseronokan beriadah dan bersukan, janganlah mengabaikan perkara yang dilarang syariat.