A N I S SYA Q I R A
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







TIPS : Panduan Menjaga Kulit Muka
Saturday, September 6, 2014 | 1 comment(s)

Assalamualaikum

Majoriti kaum hawa yang sedang menginjak usia remaja pasti sahaja mempunyai masalah dengan kulit muka mereka. Jadi, hari ni saya nak kongsikan beberapa panduan untuk menjaga kulit muka dengan betul mengikut masalah kulit korang.




1. Kulit Sensitif
  • Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
  •  Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
  • Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
  • Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.


2. Kulit Kering
  • Jika kulit anda kering, elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
  • Bersihkan solekan di mata dengan berhati-hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati-hati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
  • Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan pengelupasan kulit.
  • Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
  • Ambil supplement yang sesuai jika masalah ini berlarutan. 


3. Kulit Kombinasi
  • Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
  • Elakkan membersihkan wajah dengan menggunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.


4. Kulit Berminyak
  • Bersihkan wajah anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
  • Pilih supplement yang mengandungi Vitamin C organik.


5. Kulit Berjerawat
  • Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap. Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali-kali dalam sehari.
  • Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
  • Elakkan memicit jerawat pada muka anda.
Sumber: YM