Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;
|
Kenapa Kucing Bergaduh?

Pergaduhan antara kucing adalah perlakuan semula jadi dan kunci untuk menghentikannya adalah dengan memahami mengapa kucing itu bergaduh. Tingkah laku kucing adalah sesuatu yang kompleks, justeru, pemilik kucing memerlukan kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan pergaduhan berkenaan. Pemilik perlu mencuba beberapa cara penyelesaian sebelum dapat mengenal pasti cara mana yang paling sesuai.
Mengapa kucing bergaduh?
Adakah disebabkan pemilik kucing memperkenalkan kucing baharu dalam rumah mereka? Adakah disebabkan oleh kucing muda yang telah mencapai tahap kematangan seksual? Atau disebabkan pemilik berpindah ke kawasan baharu? Semua persoalan berkenaan akan menentukan cara pemilik menyelesaikan konflik antara kucing.
Bagaimanapun, ada beberapa penyebab utama yang biasa dikaitkan dalam pergaduhan antara kucing.
1. Hormon
Kucing jantan sering kali dikaitkan dengan sifat agresif apabila berhadapan dengan kucing lain. Ia sering kali berlaku apabila seekor kucing mencapai tahap kematangan sosial antara umur dua hingga empat tahun.
Walaupun sifat agresif seumpama ini kebiasaannya dilihat pada kucing jantan yang sedang bersaing mendapatkan pasangan, ia juga boleh berlaku kepada kucing lain tanpa mengira jantina apabila konflik perebutan kawasan berlaku.
Langkah pertama untuk mengatasi sifat agresif ini adalah dengan memandulkan kucing anda. Jika ia sudah dilakukan, produk feromon seperti Feliway boleh membantu mengurangkan sifat agresif kucing.
2. Kehadiran kucing baharu
Apabila pemilik membawa pulang kucing baharu ke rumah, ia akan mempunyai bau yang disifatkan sebagai asing kepada kucing sedia ada. Sesetengah kucing berhadapan dengan masalah ini dengan lebih serius berbanding kucing lain.
Menyatukan bau mereka boleh mempercepatkan penyelesaian konflik yang dihadapi. Ia boleh dilakukan dengan mengelap tuala kepada kucing sedia ada dan kemudiannya gunakan tuala yang sama untuk mengelap kucing lain bagi membolehkan bau mereka bersatu. Lakukan langkah ini beberapa kali sehari untuk beberapa minggu.
3. Cemburu
Kucing baharu akan sentiasa mendapat perhatian daripada kucing sedia ada. Luangkan masa tambahan bersama dengan kucing sedia ada bagi mengelakkan kebimbangan bahawa kucing baharu itu sudah merampas kasih sayang pemiliknya.
Perasaan cemburu selalunya timbul dalam kalangan kucing baka Siam, yang mempunyai hubungan lebih rapat dengan kucing yang baka sama dengannya. Kucing memerlukan jaminan bahawa tempat mereka dalam hati pemilik masih terjamin.
4. Kawasan sendiri
Kucing secara semula jadinya selesa membina kawasan sendiri. Apabila pemilik memperkenalkan kucing baharu ke dalam rumah, kucing baharu perlu mewujudkan kawasannya sendiri dan ia menyebabkan kucing sedia ada berasa terancam untuk melindungi kawasan mereka. Situasi ini sering mencetuskan pergaduhan antara kucing.
Pemilik seharusnya menyediakan kawasan khas tersendiri untuk kucing baharu dengan meletakkan tuala yang mempunyai bau mereka di kawasan berkenaan.
Pertimbangkan juga untuk menyediakan kucing baharu dengan permainan mereka sendiri tanpa perlu mengganggu kawasan kucing sedia ada. Atau jika perlu, wujudkan ruang kucing yang berasingan dalam rumah.
Kurung bersama
Jika semua perkara di atas tidak mampu membuatkan kucing berhenti bergaduh, pemilik boleh mencuba cara mengurungkan kedua-dua kucing berkenaan di dalam tempat yang sama.
Pemilik boleh gunakan peti kucing yang besar, tempatkannya di dalam sebuah bilik. Letakkan seekor kucing di dalam peti berkenaan dan seekor lagi di luar peti itu. Tinggalkan kedua-duanya di dalam bilik bersama- sama.
Lakukan rutin ini setiap hari sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menggilirkan kucing yang tinggal di dalam dan di luar.
Apabila kucing berkenaan kelihatan semakin jinak antara satu sama lain, biarkan mereka bermain bersama-sama di dalam bilik dengan pemantauan pemilik. Pemilik perlu bermain bersama kucing berkenaan, beri ganjaran dan pujian atas tingkah laku yang baik. Jika ada antara kucing itu memulakan pergaduhan, letakkan dia dalam peti kucing.
Teruskan sehingga kucing berkenaan boleh duduk bersama-sama dalam sebuah bilik tanpa sebarang pergaduhan.
Jangan kejar dengan objek
Menerusi semua cara yang disebut, ada yang mungkin tidak berjaya meleraikan pergaduhan kucing dan memerlukan campur tangan pemilik. Namun, jangan sekali-kali memukul atau mengejar kucing berkenaan dengan penyapu atau objek lain. Ia hanya akan menjadikan kucing lebih agresif dan boleh memusnahkan kepercayaan kucing terhadap pemiliknya.
Dengan kesabaran dan pemahaman yang jelas mengenai tingkah laku kucing, pemilik boleh mencapai keharmonian dengan isi rumah yang lain dalam tempoh sebulan atau dua bulan.
SUMBER : YAHOO

a b o u t ;
Assalamualaikum dan hello earthlings. Nama diberi, Nur Izzati atau nama nickname 'zati' je. Menangis pertama kali dan keluar melihat keindahan bumi ciptaan ALLAH S.W.T pada tarikh 28 Ogos 1998. Mempunyai sepasang ibubapa yang double triple penyayang dan bertanggungjawab. Umur pada tahun 2015 , 17 tahun. Well, SPM dah habis...
I love :
1 ; I love Allah S.W.T, Nabi Muhammad, keluarga saya dan kawan saya.
2 ; I love My Supperman. Cinta hati, hempedu, jantung, trakea, bronkus, dan bronkiole saya.
4 ; I love SleeQ! Especially Alyph. Why? Saya rasa dia sungguh kiut :P
5 ; I love makan nasi. Eg ; Nasi goreng ayam, nasi goreng mak dan nasi goreng saya. HIHI
6 ; I love air Milo Ais. Kalau makan kat luar, air tu yang selalu saya order. Simple but delicious.
7 ; I love makan aiskrim cornetto show your love. Eh?
8 ; I love subjek Mathematics. Sekarang ni saya tengah cuba untuk menyayangi Biologi dan Physics. H O H O H O
10 ; Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar atau ahli forensik
11 ; Status : Tiada istilah TIDAK dalam hidup. Seriously. Jangan kalah kepada emosi
My Attitudes??!~ :
1 ; Sometimes weirdo
2 ; Jarang senyum. (Yelah, tak kan nak senyum sepanjang masa. Gila kau)
3 ; Someone who really strict and fierce
4 ; Like to laugh and make jokes. (maybe among my friends only)
5 ; Wanted to succes but lazy
6 ; Always like to be a leader
7 ; Number 1 is my target!!
8 ; Number 2 mean 'You were lost'
|
S T U F F ;
REVIEW
.
1 ;
REVIEW IGSHOP : LeFlowerShop
.
2 ;
REVIEW IGSHOP : asfb_shop
.
3 ;
Film The Hobbit : The Battle Of Five Armies
TIPS
.
1 ;
Hilangkan Jerawat Belakang Badan
.
2 ;
Kenapa Kucing Bergaduh??!
.
3 ;
Fakta Tentang Diri Saya
.
4 ;
Panduan Penjagaan Kulit Muka
.
5 ;
Causes of Stress Among Students
.
6 ;
Bersukan Cara Rasulullah SAW
BIODATA
.
1 ;
Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
|