TIPS : Panduan Menjaga Kulit Muka
BERKUNJUNG KE RUMAH CIKGU
Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com
Mini MMR Giveaway
Dhiya's First Giveaway
Causes of Stress Among Students - Essay
Wordless Wednesday - Loving
Giveaway #CikMielaBukaKedai
GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE
IKHLAS DARI HATI
|
6 Fakta Tentang Diri Saya #1 Sunday, September 7, 2014 | 0 comment(s) Assalamualaikum Pertama, saya seorang yang cerewet kalau bab-bab baju dan barang. Saya tak suka kalau baju or tudung ke ada walau hanya sedikit kedut. Menggedik kan? haha.. Saya rasa macam nampak buruk dan tak kemas. Nanti hilang rasa keyakinan diri. Then, saya jenis yang tak suka benda-benda yang bersepah. Pening kepala tengoknya. Kedua, kalau saya baru sahaja berjumpa dengan seorang tak kisahlah kawan ke roommate ke. Saya tak suka mulakan conversation. Saya nak dia yang mulakan. Yelah, pertama saya malu dan kedua, nanti kalau saya mulakan lepas tu dia hanya jawab sepatah dua kata je. Kan nampak macam dia tak suka saya.. Haha Ketiga, saya seorang yang sangat annoying. Saya suka buat joke even benda tu macam entah apa-apa tah.. At least orang sekeliling bagi response, dah cukup buat saya rasa disukai.. Kehkeh.. Keempat, saya seorang yang agak pemarah. Lebih kurang panas baranlah. Masa saya kecil memang sometimes tu susah nak kawal marah saya. Ada sahaja benda yang tak kena. Bila dah masuk sekolah menengah tu saya dah boleh control sikit-sikit. And now , kalau saya rasa nak marah hanya untuk benda yang kecil, saya tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. But, selalunya saya tahan marah saya. Kalau dah nak meledak saya lepaskan dekat orang yang bersalah itu jelah. Kelima, saya jenis yang suka simpan rahsia. Even pasal boyperen or crush pun saya tak akan bagi tahu rakan- rakan saya. Kawan baik pun tengok dia macam mana. Saya ni memilih kawan juga. Bukan takut diorang bocorkan tapi malu nak confessed. Nanti kang jadi bahan diorang pulak..haha.. Keenam, kalau nak buat something tu saya suka sangat tanya pendapat kawan-kawan saya. Tak kesah lah benda tu penting ke tidak, kecil ke besar. Contohnya kalau nak buat presentation, saya mesti tanya diorang 'eh ok tak dialog aku' 'boleh ke tajuk ni' 'nampak buruk tak'.. haha.. Kadang-kadang kalau nak keluar sama-sama or pergi mana-mana event, soalan yang wajib ditanya ialah 'kau pakai baju apa'. Sampai malas diorang nak layan perangai saya. kehkeh Saya bangga dengan diri saya. Tak kisahlah apa yang orang lain nak kata. Bukannya kita curi indetiti dia. Bukannya kita guna muka dia. Apa yang penting ialah menjadi diri kita yang sebenar. Janganlah berfikiran negatif dengan para haters. Mungkin diorang belum lagi kenal kita. Mungkin diorang asyik nampak sisi buruk kita. Apa yang perlu kita buat ialah tunjukkan perkara yang baik kepada mereka dan insya allah akan dijadikan teladan yang baik buat mereka. |